the followers,,

Saturday, December 26, 2009

kau ingat bagus sangatke?





entri kalini macam agak kasar,,
oh tak,,
memang kasar,,
tapi ni luahan hati yang marah,,





tadi 1 family pegi minum kat restoran mamak yg buka 24 jam,,
niat nak minum malam dengan aman,,
pastu datang 3 org lelaki,,
eh bukan 'lelaki',,
lebih layak dipanggil 'budak lelaki',,
mungkin usia dalam 17-20,,
gaya dah 'berlagak',,
diorang duduk kat belakang meja saya,,
adik yg baby tu dah nanges2,,
ngantuk sebab dah kul 12,,
pastu saya nak panggil mamak kira,,
ape yg saya nampak,salah seorang dari dak laki tu tengah marah mamak ni,,
mula-mula marah2 je,,
tapi saya tak dengar jelas perbualan,,
pastu yang buat saya marah dan terkejut,dak laki tu angkat kerusi nak pukul mamak tu!!
ade ke patut?
budak laki nak pukul mamak tu hanya sebab tak puas hati dgn air dia je,,
maybe milo ais yang diminta tak cukup memuaskan,
tapi perluke nak marah?
nak maki-maki?
nak mencarut?
nak pukul mamak tu?
perluke wey?






nampak sgt kurang ajar,,
depan org tua pun nak mencarutke?
depan budak-budak,,
pastu tauke kedai tu datang tanye kenapa ape semua,,
pastu dia marah-marah tauke tu plak,,
tauke tu dahla tua,,
pangkat atuk dah,,
macam tu perangai??
giler baikla wey!!






tolongla jangan burukkan lagi orang melayu,,
sekarang pon dah banyak dah,,
org mesti akan cakap "mak bapak dia tak ajarla tu",,
kalau bukan 'mak ayah korang' yang salah macam mane?
dah korang bawa nama buruk kat keluarga,,
tahniahla,,
sangat bagus perangai kau,,








maafla ter'emo' malam-malamni,,
tapi saya rasa perangai dia sgt-sgt la teruk,,
malu sebab kita sama-sama remaja,,
tapi langsung takde budi pekerti budak tu,,
kalau lah leh tembak je orang macam tu,,
saya wat muka annoying giler kat diorang,,
*_*





Friday, December 25, 2009

IJN,,



JULINI Mohd. Ali bersama penyumbang dan penerima bantuan Yayasan IJN pada Majlis Penghargaan dan Sumbangan Kasih di IJN, Kuala Lumpur, semalam.


KUALA LUMPUR 22 Dis. – Yayasan Institut Jantung Negara (IJN) berjaya mengumpul RM1,329,968.75 tahun ini bagi memberi bantuan kepada pesakit daripada keluarga miskin dan berpendapatan rendah.


Pengerusi yayasan itu, Toh Puan Dr. Aishah Ong berkata, dalam jumlah itu, 87 peratus didermakan oleh badan-badan korporat, organisasi serta beberapa individu yang sangat prihatin terhadap nasib pesakit IJN itu.


“Sumbangan diterima juga membolehkan IJN menjalankan pembedahan terhadap beberapa pesakit dan membeli dua unit mesin alat bantuan pernafasan bernilai RM90,000 untuk kegunaan pesakit kanak-kanak dan bayi di Unit Rawatan Rapi Pediatrik,” katanya.


Teks ucapan beliau dibacakan Pengerusi Penubuhan Tabung, Pemegang Amanah Yayasan IJN, Datin Julini Mohd. Ali pada Majlis Penghargaan dan Sumbangan Kasih anjuran IJN di sini hari ini.


Pada majlis itu, pesakit yang menerima bantuan daripada beberapa badan korporat diberi peluang mengucapkan terima kasih kepada penderma masing-masing.


Dalam pada itu, Dr. Aishah berkata, Yayasan IJN pada tahun ini membelanjakan kira-kira RM2.1 juta bagi membayar kos rawatan 73 pesakit miskin.


“Pembedahan serta rawatan dilakukan terhadap 34 pesakit dewasa dan 29 kanak-kanak di IJN itu,” jelasnya.


Menurutnya, sembilan pesakit telah menjalani pemindahan jantung dan dua orang lagi pesakit telah dipasang dengan alat bantuan jantung mekanikal.


“Jumlah yang dibelanjakan juga termasuk perbelanjaan kebajikan bagi pesakit yang memerlukan bantuan penginapan, makanan, tambang, alat peranti dan juga pengurusan jenazah,” katanya.


Sementara itu, seorang pesakit yang pernah menerima bantuan yayasan IJN, Muhammad Fikri NorAzmi, 17, berkata, kini dia aktif seperti remaja lain dan mampu menjalankan kegiatan aktiviti harian tanpa halangan.


Katanya, IJN menjalankan pembedahan jantung mekanikal pertamanya pada Disember 2005 lalu dengan memasangkan Peranti Bantuan Ventrikular Implantabel (IVAD).


“Pembedahan mekanikal ini adalah yang pertama seumpamanya di rantau Asia dan Australasia.


“Saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada Yayasan IJN yang memberi ‘kehidupan baru’ kepada saya,” katanya yang merupakan pelajar A Level di Kolej Brickfields Asia.


Suri rumah, P. Sarasa, 58, berkata, beliau menghadapi masalah jantung berlubang empat tahun lalu dan ia berakhir dengan pembedahan di IJN pada Februari lalu.


“Keluarga kami difahamkan pembedahan memakan kos yang banyak. Tetapi kami tidak mampu untuk membayar kos itu.


“Yayasan IJN sanggup menawarkan bantuan penuh untuk menjalani pembedahan serta rawatan selanjutnya,” kata beliau yang berasal dari Seremban.


Sementara itu, seorang murid sekolah rendah, S. Nivethaa, 9, pula berkata, dia mempunyai masalah jantung berlubang sejak umurnya lapan bulan lagi.


“Saya telah menjalankan rawatan sejak kecil dan pada tahun lalu IJN telah melakukan pembedahan.


“Kosnya adalah RM66,000 tetapi ibu bapa saya hanya membayar RM500. Selebihnya ditanggung Yayasan IJN,” katanya.





btw,

sebelum terlupa,,

fikri tu adik laki saya,,

^_^

Wednesday, December 23, 2009

munajat cinta,,











lagu munajat cinta,,
artis : anas tahir,,






muka dia mcm faizal tahirkan?
huhu,,
mula-mula terkejut juga,,
pastu kwn ckp die adik faizal,brula tahu kenapa muka sama,,
suara dia pon lebih kurang je,,
korang dengarla k,,
^_^



















p/s : awak,nyanyikan lagu ni untuk saya leh? ^^





Monday, December 21, 2009

kucing oh kucing,,T_T

hye-hye kembali,,
kalini nak citer pasal kucing,,


comelkan?tapi jgn terpedaya,,huhu





saat ni saya masih kat mmu cyberjaya untuk habiskan final exam sem ni,,
waktu-waktu macam ni memang waktu makan malamkan?
so,niat kat hati nak makan coselaw la arini,,
ajak tina skali,,
ajak makan kat cafe,,
sbb selamani asyik bungkus makan kat bilikje,,
dah siap terus turun cafe,,
saya order coselaw,,
tina order chicken chop,,
macam biasa pilih meja yg ade 4 kerusi,,
duduk macam biasa,,
makan macam biasa,,
lama-lama datangla kucing ni dekat kitaorang,,
mula-mula satu,pastu bawa rombongan plak,,





walaupon comel,tapi sy tetap tak suka,,huhu





mula-mula ok lagi,,
keadaan terkawal,,
pastu diorang datang dekat plak,,
macam tahu-tahu je saya dgn tina takut kucing,,
adoi,,
dah cuak dah,,
kucing pusing-pusing je,,
kami dah tak senang duduk,,
pak cik yg duduk kat meja sebelah kitaorang plak bagi kucing-kucing ni makan,,
lagila diorang suka,,
siap bermesra dengan pak cik ni,,
T_T
pas pak cik tu habis makan,pak cik tu pon terus pegije,,
tinggal la kami ni kat situ,,
bila pandang sekeliling,kami je perempuan,,
adoi,,
lagila tak selesa,,
diorang dah pandangje,,
memang nampak sangat kami takut kucing,,
takpe fara,,
sabar lagi,,
last-last tak leh tahan bila kucing start naik atas kerusi sebelah kitaorang,,
terus blah dari situ,,
dahla tengah minum air teh'o ais tu,,
tak sempat habis pon,,
ade banyak lagi,,
adoi,,
satu pembaziran,,
tapi tak leh tahan sbb kucing tu menakutkan,,
nak usik lagi la tak brani,,
rasenye laki-laki tu sure gelakkan saya dgn tina sbb takut kucing,,
saya ngaku saya takutkan kucing,,
tak leh nak ubati penyakit takutni,,
huhu,,






wey,seram k gamba ni,,



cuba tengok gamba atasni,,
betulke ade kucing macam ni?
adoi,,
memang sangat pasti la yg saya takkan pegi tempatni,,
haha,,
rupa dah mcam singa,,
ish2,,
saya rasa baik saya jauhkan diri dari kucing,,
tapi kucing ni yg suka datang dekat,,
tah ape aura la yg kucing-kucing ni nampak kat saya,,
menggoda sangat kot,,
hahahahahahaha,,
maafye kucing,,
bukan tak suka,cuma sangat takut,,
huhu,,
final exam start rabuni,,
gudluck to me,,
^_^









p/s : awak,teman saya slalu boleh?


menyesal,,






ressa herlambang - menyesal





kawan suruh dengar lagu ni,,
terus suka,,
^_^









korangpun dengarla k,,

Sunday, December 20, 2009

boleh tak??






saya rindu,,








rumah saya,,
boleh tak?






saya rindu,,








orang dalam rumah juga,,
^_^



yang paling penting,,
sekarang ngidam cake secret recipe dgn kfc plak,,
haha,,








ade sape2 nak blanja tak?






p/s : minggu final minggu paling malas,,T_T

Saturday, December 19, 2009

mereka ini,,^^


mereka ni orang-orang kesayangan saya,,
^_^
mama,,
fikri,,
fatin,,
faira,,








oh,,
tak lupa juga jejaka ni,,
^_^
buah hati saya,,











p/s : semoga Allah s.w.t sentiasa lindungi mereka slalu,,

Thursday, December 17, 2009

awal muharam,,




hye-hye kembali,,
nak citer pasal muharam plak kalini,,




MUHARAM adalah bulan pertama dalam tahun Islam (Hijrah). Sebelum Rasulullah berhijrah dari Makkah ke Yathrib, kiraan bulan dibuat mengikut tahun Masihi. Hijrah Rasulullah memberi kesan besar kepada Islam sama ada dari sudut dakwah Rasulullah, ukhuwwah dan syiar Islam itu sendiri.

Pada asasnya, Muharam membawa maksud 'diharamkan' atau 'dipantang', iaitu Allah SWT melarang melakukan peperangan atau pertumpahan darah. Namun demikian larangan ini ditamatkan setelah pembukaan Makkah (Al Baqarah: 91). Sejak pemansuhan itu, umat Islam boleh melaksanakan tugas dan ibadat harian tanpa terikat lagi dengan larangan berkenaan.





rasenye smua dah tahu esok awal muharamkan?
so,di kesempatan ni saya nak ucapkan selamat tahun baru untuk muslim dan muslimat di serata dunia,,
^_^






apekah azam tahun baru cik fara azmi?
1. semoga tahun depan lagi baik dari tahun ni,,
2. lagi baik dari sebelumni,,=p
3. blaja lagi rajin,,
4. dean list,,
5. nak kete,,^_^
6. lagi kurus,,
7. tambah tinggi,,
8. ape lagi eh??nanti sy tambah lagi,,










sumber dari : www.ashtech.com.my/bulanislam/Muharam.html

^^






nak cakap,,




..imy..
^_^









p/s : perkenalkan ni la bodigad sy,, ^^

Tuesday, December 15, 2009

final exam sem 2,,


bertafakur jap,, ^^



final exam datang lagi,,
yeaaay,,




yeaay??
memang tak betulla tu kalau cakap yeaayy,,
haha,,
memang ngah tak betul,,
asyik takde mood je,,
macam2 yg jadi akhir-akhir ni,,
T_T




ok,meh sambung citer final exam,,
final exam saya start next week iaitu 23 dan 24 dec,,
23 dec - microeconomics,,
24 dec - managerial communication,,





pas tengok past year papers,rasanye managerial communication yang susah,,
soalan takde kaitan dgn ape yang blaja,,
cuak sey,,
adoi,,
usaha-usaha,,











fara,chaiyok2,,
^_^


kawan2,doakan ye,,






Monday, December 14, 2009

maybe,,T_T







akhir2 ni asyik takde mood je,,
tak tahu kenapa,,








saya rasa saya dah lukakan hati ramai orang,,
bukan rasa tapi dah memang betul,,
dengan terima dia sbg bf saya,saya dah lukakan hati ramai orang,,
tadi ada sorang ni marah-marah sbb saya tak trima dia,,
maafla,saya beritahu yg sy dah ade bf supaya awk tak tunggu saya lagi,,
takde niat nak tipu atau pape,,
maaf ye,,











maybe saya harus jaga hati korang lebih dari jaga hati saya sendiri,,
T_T

Saturday, December 12, 2009

ni pertama kali,,^_^



haha,,
lawak giler gamba ni,,
ni gamba candid k,,




masa nak amik gamba,tibe2 ade sorg mamat ni lalu depan kita org,,
ngah bt muka geram,,
tak tahu plak suraya amik juga gamba waktu muka ngah mcm tu,,
hahaha,,







ni pertama kali saya letak gamba macam ni,,
selama nk semua gamba control2 je,,
ni khas utk yg bace blog ni,,
korang leh gelak2 juga tgk gamba ni,,

^_^

bukan luar biasa pon,,=p








hye-hye kembali,,
minggu ni takde mood sgt nak update sbb penat sangat,,
huhu



rabu lepas saya dan suraya pegi jb,,
tujuan nak lawat abah sebenarnya,,
tap kita org duk semalam je,,
masa sangat cemburukan kami,,
^_^



lupa nak ckp,,
ayah sy tinggal dgn sedara saya,,
senang citer dgn keluarga sepupu saya,iaitu azrin,,
malam tu kami tido bertiga,,
saya,suraya dan azrin,,
malam tu kami berbual,,
kami bercerita pasal bf masing2,,
^_^


azrin : kak Ar',awk ade bf kan?citerla,,
fara : ada,,blablablablablablabla,,, fara : kak In,citer la pasal bf awk plak,,
azrin : kak Ar,bf kita biasa-biasa2 je la,,
fara : bf kita bukan luar biasa pon,,
hahaha,,
kita org bertiga gelak sampai nak pecah perut,,




citerni panjang lagi,,
tapi mala nak citer byk2,,
^_^




esoknya sebelum balik,kami jln2 kat city square dlu,,
jalan2 amik gamba sampai penat,,
jalan2 amik gamba sampai lenguh kaki,,
jalan2 amik gamba sampai lapar,,
senang citer semuanyela,,
^_^





gembira sgt,,
lagipon dah lame tak x jumpa,,
thx kak in pinjamkan hp utk semua gamba2,,
hp kak in best giler kott,,
tapi saya tak mampu nak beli,,






gamba ade byk sangat,,
saya akn upload kat fb nanti,,
kalau nak tgk,pegi fb sy k,,
tata,,




^_^

Wednesday, December 9, 2009

saya berhak,,










kamu,kamu,kamu dan kamu,,






kamu juga,,








saya berhak,,

untuk rasa bahagia,,

walaupon sedikit,,
tolong bagi saya ruang untuk rasa bahagia tu,,
walaupon kamu,kamu,kamu dan kamu,,
dan kamu juga terluka,,

atas keputusan yang saya wat ni,,

maafkan saya,,

saya insan biasa yang ingin rasa juga bahagia,,
saya harap kamu tumpang bahagia dengan apa yang saya rasa sekrang,,

jauh sekali niat nak lukakan hati,,
saya buat keputusan ini setelah lama fikir,,










maafkan saya,,

T_T


Tuesday, December 8, 2009

life is too short,,





Life is too short,,
to wake up with regrets,,
Love the people who treat you right&
forget the ones who dont !
Believe that everything
happens for a reason,,
If you get a chance - take it,,
If it changes your life - let it,,
Nobody said life would be easy
they just promise,,
it would be worth it,,






L.O.V.E

^_^

Monday, December 7, 2009




saya nak pelangi selalu bole?




^_^





Saturday, December 5, 2009

terima kasih,, ^_^







saya sangat gembira harini,,
^_^
hati berbunga-bunga,,








senyum sampai telinga,,
hehe,,








yang pastinya saya gembira,,
^_^














p/s : terima kasih awak,,